Wednesday, November 21, 2012

Alhamdulillah~

Alhamdulillah,

Sedikit demi sedikit perubahan yang aku telah buat dalam hidup aku,
InsyaAllah,aku akan teruskan perubahan ini demi mencapai apa yang aku ingin kan,
memang banyak dugaan yang perlu aku lalui sebelum dapat capai semua ini,
ini disebabkan Allah menyayangi diri kita,
itu lah kita diberi pelbagai dugaan,




Sunday, November 18, 2012

Perlukan perubahan~

perubahan diri boleh dilakukan jika seseorang itu mempunyai keinginan untuk berubah,dalam perkara ini,ianya tidak boleh dipaksa tetapi dengan niat hati yang ikhlas dan jujur,insyaallah seseorang itu pasti dapat merubah segalanya~

adakalanya perubahan ini mudah dan adakalanya perubahan itu sukar untuk dilakukan,macam aku sendiri,perubahan yang aku ingin lakukan ini adalah sangat besar,itulah yang aku takut,risikonya terlalu tinggi,aku takut akan kehilangan sesuatu yang penting dalam hidup aku,untuk mengubah diri aku ini,memerlukan pengorbanan yang besar,setiap masa aku cuba cari penyelesaiannya,tetapi masih tidak dapat lagi jawapannya~


Monday, April 2, 2012

Gemok >>> +Gemok

This is me now..
im become more chubby..haha..still not handsome..short hair..
simple?yup..thats me..simple is better for me..
tak payah nak speaking sangat la kan..
hari ni..baru la ade masa nak update blog..
sebelum nih pun ade mase jgak sbenarnye..
tapi mase tuh aku gune untuk study..(bajet je nih)

Kehidupan aku di university dan juga di rumah memang berbeza la..
mase still dekat U dalam hati selalu cakap bila la nak cuti sem nih..
tapi bile da cuti sem..tak sabar pulak nak masuk U balik..haha..
kawan2 kat sane sume oke je la..tp ade pulak yang seGenG dengan aku..
maksodnye sekepale la..haha..da la..kalau cite pasal aku dekat U..
memang tak habis la kan..

Sekarang aku da cuti sem!!memang la best..seronok dapat balik rumah..
Rumahku Syurgaku..haha..tapi kalau duduk rumah je tak molek jugak..
mungkin aku nak carik kerja(xpyh nk mungkin sgt la kn)..takde la bohsan sangat nanti..
cari duit duit duit..haha

Thursday, December 29, 2011

Tempat baru dan lama

Heyy,,

da lama betul aku tak update blog nih..rasa rindu pun ada jugak..
sebelum nih aku ada niat juga nak update..tp idea tuh tak mari le..
aku sekarang da lebih kurang sebulan di UITM shah alam..
bak kate orang tempat baru , ragam orang kat sane pun baru-baru jugak..
memang betul la..aku tak nafikan..macam-macam jenis ade..
baik , belagak , sombong , bajet cool.. banyak lagi la..
kadang-kadang meluat tengok.. fake betol..
bagi aku tempat lama lagi seronok , lagi selese , lagi best ..

erk =,=

rindu pulak dengan kawan-kawan aku .. aku anggap diorang semua da macam adik beradik aku..sedih bile aku terpaksa belajar jauh dengan yang lain..
aku belum jumpe lagi yang macam diorang kat tempat baru..
bile dengan diorang senyuman sentiase terukir di pipi aku..
gurauan-gurauan mereka yang selalu mencuit hati aku..
semua nih sentiasa dalam ingatan aku dan aku tak kan lupakan semua nih..
teringin juga nak kumpul ramai-ramai..mesti seronok..

*kawan baru kat tepi,
kawan lama tetap dihati,
kawan baru buat sakit hati,
kawan lama buat kita happy sampai mati. :)

Tuesday, September 6, 2011

Liku Kehidupan


Adakalanya kita fikir bahawa kita lah yang paling bahagia di dalam dunia ini..
tidak kira walaupun dengan keluarga, sahabat ataupun kekasih hati..
memang indah bila kita dapat mengimbau kembali detik-detik bersama orang tersayang..
gelak tawa, masalah, malah kesedihan juga, semua ini dikongsi bersama-sama..
alangkah bagus jikalau kebahagiaan ini dapat dirasai sehingga nafas kita yang terakhir..
tetapi inilah lumrah kehidupan kita, kebahagiaan yang kita kecapi..
Akhirnya akan musnah dan hilang dengan sekelip mata..
hubungan yang kita bina sekian lama akhirnya akan runtuh juga..
malah keakraban yang terjalin akan renggang dengan senangnya..
inilah saat yang paling menyedihkan dalam kehidupan kita..
masing-masing membawa haluan sendiri..
tidak lagi bergelak ketawa, tidak ada lagi bergurau senda..
semua ini berlaku kerana dengan adanya perselisihan faham antara satu sama lain..
tidak mudah untuk kita memuaskan hati mereka-mereka..
kelemahan atau kekurangan kita dijadikan punca segala masalah..
apa-apa sahaja yang dilakukan pasti ada silapnya..
walhal inilah lumrah seorang manusia..kerana tidak ada manusia yang sempurna..
tidak ada manusia yang tidak melakukan kesalahan..yang penting..
belajarlah daripada kesilapan..memperbetulkanlah diri kita dahulu..
sebelum membetulkan orang lain..barulah diri kita akan dihormati..



Sunday, April 24, 2011

i cant be like him

Ex dye smart..tp aku just biase..
ex dye hensem..tp aku just penuh dengan pimple..
ex dye pndai bergaya..tp aku xreti n simple jep..
klu dulu ex dye msj rase happy..tp sekarang aku msj rase boring..
ex dye trbek..tp aku terbalik..
ex dye pndai amik ati dye..tp aku pndai sketkn ati dye..
ex dye top..tp aku x..

Friday, April 22, 2011

im back!

I'm back!hehe..
dah lama aku tak update blog ni..rasa rindu sangat-sangat..
kalau dulu ada problem sikit..mesti blog ni la tempat aku luahkan..tapi sikit ke??maksod aku problem banyak la..adoi..
aku bukan lupa dekat blog ni..tapi tak ada masa nak update..
biasa la..kerja, kerja and kerja..balik je da penat..so?toh yang tak update..

And now..aku nak cerita sikit apa berlaku dalam kehidupan aku sekarang ni..ok?first..mesti la kerja aku kan..masuk bulan ni kira aku da 4 bulan lebih kerja kat f.o.s..bukan la tempat top..tapi kira oke la..staff kat situ pun gile2..memang oke sangat2..tapi toh la..aku da nak berhenti kerja..sebab da malas..hehe..ingat nak berhenti 10.5..tapi mama aku plak suh kerja sampai 20.5..adoi..kite lagi malas lagi dye suruh kerja..haha..sbb t dapat gaji lebih sikit katenye..btw..im in love with someone now..haha..its funny to tell all of u about the way i meet her and the way i fall in love with her..nanti next update aku cerite k..hehe..da nak tido ni..k..bye bye~

Thursday, February 3, 2011

im feel good


You see this picture..
smile with thumbs up..
its like my life now..
not so good la but better than before..
you know what..
i've change a lot..
first..im more matured now..maybe..haha..
second..my pimples is more than before..hate that..
third..my hair become more longer..hehe..love this..
my mama told me that i should cut my hair..but the problem is i really2 love my hair!!
sorry mama..i dont want to cut my hair..dont get mad with me okey..
but if u still want me to cut my hair..u must pay the cost for me..
i just only want to cut my hair at the salon..real salon!!hahaha..
fourth..in process to improve my english language..
i feel good when i speak english with others..
my new friend said we must confident in anything we did..
but im still not confident like her..damn it..
im still working on it..haha..
okey la..im sleepy right now..i need rest!!!
now 4 am..im dead!!im afraid that i cant wake up early like always..aiyo..
okey..got to go now..
see yah!peace!


Thursday, December 30, 2010

kehidupan selepas zaman persekolahan


Pada mulanya aku sering terfikir bahawa apabila tamat persekolahan..
kehidupan yang akan aku lalui mestilah sangat menarik dan 'fun'..
tetapi segala pemikiran itu semakin hari semakin sukar untuk menjadi kenyataan..
hari-hari yang aku lalui semakin membosankan..
berbeza sekali semasa aku di zaman persekolahan dahulu..
sebab dan niat aku yang utama pergi ke sekolah adalah untuk berjumpa dengan kawan-kawan..
belajar adalah niat yang kedua..haha~~(klu parents aku tau mesti kene bebel ni..hehe)
kebahagiaan yang sukar untuk aku lupakan adalah bersama kawan-kawan..
gelak-tawa, sedih, gembira, kecewa, dan masalah-masalah..
semuanya dilalui bersama-sama dan yang paling aku sukar untuk lupakan..
adalah perangai mereka semua yang suka mengutuk untuk keseronokan..
dan ini adalah kenangan yang paling terindah dalam hidup aku..
sekarang segala-galanya berubah..
tiada lagi aku dapat melihat senyuman yang terukir di bibir dan mendengar telatah mereka..
'sibuk' mungkin perkataan ini yang sesuai dengan keadaan sekarang..
setiap orang sibuk dengan kehidupan masing-masing termasuklah diri aku sendiri..
sibuk untuk mencari duit dan sedang membiasakan diri dengan kehidupan selepas zaman persekolahan..
mana tidaknya kalau dulu papa dan mama aku yang beri duit poket..
semuanya ditanggung beres..
sekarang ini takkanlah nak harapkan 'parents' aku lagi kan..
aku tengah belajar untuk berdikari dan membiasakan diri dengan persekitaran hidup aku..
tapi agak sukar untuk aku membiasakan diri mungkin sebab baru lagi agaknya..
apa-apapun aku akan cuba yang terbaik untuk merubah kehidupan aku dan keluarga..
dan berharap semua kawan-kawan aku pun sama..
ok lah..out..
byep byep ~~~


Friday, December 24, 2010

why she in my dream..

Kenapa tiba-tiba aku mimpi pasal dia..
masuk hari ini kira dua hari aku mimpi dia..
tapi kenapa dia??
kenapa aku tak mimpi benda lain??
mimpi aku cabut gigi kawan aku ke??(isk)
peliklah..rasanya da lama aku tak ambil tahu mengenai dia..
tapi muncul pula dia dalam mimpi aku..
kusut betul la..
k la..out..

Thursday, December 16, 2010

mereka mereka mereka

Kini kehidupan aku..
semakin hari semakin sukar untuk aku lalui..
pelbagai masalah dan dugaan yang hadir dalam kehidupan aku..
walaupun kadang-kala aku sering mengukirkan senyuman dan gelak tawa..
semua ini hanyalah untuk menyembunyikan segala yang aku lalui..
aku tidak mahu kesedihan dan kesukaran yang aku alami diketahui MEREKA
''SUNYI'' inilah perkataan yang sesuai untuk aku buat masa ini..
tanpa MEREKA disisi aku bagaikan tidak bernyawa..
semangat aku tidak lagi kukuh seperti dahulu..
seperti sesuatu telah hilang dalam hati aku..
KEBAHAGIAAN adalah yang paling sukar untuk aku kecapi..
apa-apa yang aku inginkan sering kali tidak dapat aku miliki..
tidak seperti sahabat-sahabat aku yang lain..
bahagia disamping orang yang tersayang..
dan ada juga yang baru sahaja berputik kebahagiaannya..
untuk aku..mungkin belum tiba masanya untuk aku mencapai saat seperti ini..
kadang-kala terasa letih dan putus asa untuk aku menjalani kehidupan aku..
tetapi dengan adanya MEREKA disisi..
tidak pernah aku berfikir untuk mengalah dalam kehidupan aku..
malah berusaha selagi mampu untuk mencapai apa yang aku inginkan dan juga mencapai kebahagiaan hidup aku..
MEREKALAH keluarga..MEREKALAH sahabat dan MEREKALAH sebagai pelengkap hidup aku..
MEREKALAH segala-galanya..

Wednesday, December 15, 2010

Happy but the same time im sad..

haip..
sumpah rindu kat blog aku ni..
biasalah bz sikit sebab exam..
happy sebab da habis paper..
tapi sekarang sudah habis..
rasa sedih pula sebab lepas ni susah nak lepak2 dengan kawan2..
takde lagi gelak tawa macam dulu..
mesti bosan lepas ni..
esok the last day pi sekolah..
adoi..rasa macam tak lengkap hidup aku tanpa kawan2..
SYG korang semua..hehe

Friday, November 19, 2010

To all my friends

GOOD LUCK!!!
Hope kita semua dapat keputusan cemerlang..
and hope jugak FRIENDSHIP kita semua kekal sampai
bila-bila!!!

Nothing i can say

Aku pun tak tahu apa yang aku fikirkan..
rasa macam berserabut sangat dalam kepala aku..
mungkin tension sebab SPM lagi berapa hari saja lagi..
dan semangat aku pun makin lama makin turun..
mungkin disebabkan aku banyak masalah..
ermm..aku da tak tahu nak buat macam mana..
kenapa aku tak boleh nak buang perasaan ni..
walaupun aku da cuba untuk happy..
tapi semuanya macam ada yang tak kena..
salahkah untuk aku ********** ***..
tapi kenapa aku perlu lalui semua ini seorang diri..
silapkah aku ********** ***..
tak ada apa lagi yang aku boleh katakan lagi..
apa yang perlu cuma sabar..sabar dan sabar.

Wednesday, November 17, 2010

Persahabatan itu pelangkap hidup




Berita yang paling mengembirakan..
our family is complete..
lepas ni hope kita semua macam dulu-dulu..
tak nak lagi gaduh-gaduh..
kalau nak gaduh pun biarlah gaduh manja..haha..
kepada kawan-kawan saya..
hope friendship kita akan kekal selamanya..
korang la sahabat yang terbaik dalam hidup aku..
korang la yang selalu dengar masalah aku..
korang la tempat aku mengadu..
korang la yang buat aku lupakan masalah aku..
korang la yang melenyapkan rasa sedih aku..
korang la yang buat aku happy..
yeah!i'm so happy now..

Tuesday, November 16, 2010

Sayonara daisuki na hito


Tajuk blog aku kali ini seperti yang di atas..
mesti ada yang nak tahu maksudnya dan sebab aku letak tajuk macam ini..
'sayonara daisuki na hito' atau maksud dia goodbye my lover..
tajuk ini berkait dengan apa yang aku lalui sekarang..
dan mulai hari ini aku cuba untuk melupakan dia..
melupakan segala-segalanya..mungkin lepas spm aku akan tukar nombor baru..
aku perlukan ketenangan..perlukan ruang untuk bersendiri..
mungkin sebab luka dalam hati aku ini susah untuk pulih..
kali ini aku betul-betul nekad untuk lupakan dia..
kepada kawan-kawan aku yang aku sayang..
janganlah buat macam yang korang buat masa aritoh..
aku tak suka sebab aku baru saja nak lupakan dia..
aku tahu niat korang..tapi aku susah nak terima..
apa-apapun thanks guys..aku dah taknak sedih-sedih lagi..
aku akan cuba lawan emosi aku..
i'll try my best..


Monday, November 15, 2010

Disebalik senyuman dan gelak tawa

Hari ini merupakan hari yang penuh dengan kepura-puraan..
aku cuba menyembunyikan perasaan sedih itu..
tidak mahu sesiapa perasan perubahan yang berlaku pada diri aku..
senyuman dan gelak tawa yang aku lontarkan hari ini..
adalah untuk menutup kesedihan yang aku alami..
sangat sukar untuk aku lalui hari ini..
berat rasa kaki aku untuk melangkah ke sekolah..
kadang kala aku cuba larikan pandangan aku daripada melihat dia..
aku cuba juga menjauhkan diri dari dia..
memberikan dia ruang untuk dia mencari kebahagiaan..
sekarang aku cuba untuk padamkan kenangan aku dengan dia..
sebab setiap kali aku keseorangan aku akan teringatkan saat-saat aku dengan dia..
dan airmata yang aku cuba tahankan akan mula membasahi pipi aku..
inilah yang aku lalui disebalik senyuman dan gelak tawa.

Saturday, November 13, 2010

I will let you go

Hari ini satu lagi hari yang sangat menyedihkan bagi aku..
dengan cuaca diluar sekarang yang hujan dengan lebat..
bagaikan berkait dengan hati dan perasaan aku..
sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku hari ini..
kelihatan hujan yang membasahi setiap daun-daun..
seperti airmata yang berlinangan di wajah aku..
awan-awan dilangit tidak putih seperti selalu..tiada sinar matahari..
keceriaan dan kegembiraan sudah tiada dalam diri aku..
hanya tuhan yang mengetahui apa yang sedang aku rasa dan lalui..
mungkin dia gembira dengan apa yang diucapkan kepada aku..
ini semua bagaikan suatu permainan bagi diri dia..
tapi tidak bagi aku..kenapa sanggup untuk dia mempermainkan hati dan perasaan aku..
dengan memberi harapan palsu untuk bersama dengan dia..
begitu sukarkah untuk dia merasai kejujuran dalam diri aku..
saat bersama dia..merupakan saat yang paling membahagiakan..
dan saat ini tidak akan lagi aku lalui..
she said 'we're not meant to be together'..and she want me to be her best friend..
best friend or friend..seriously..i cant..sorry..
dengan apa yang dia lakukan tidak mudah untuk aku lupakan semuanya..
dan kepada orang yang tidak pernah menyokong dan tidak suka aku dengan dia..
tahniah..apa yang korang nak..sudah termakbul..bergembiralah..
dan kepada kawan-kawan yang memberi semangat kepada aku..
thanks koranglah sahabat aku dunia dan akhirat..
aku sudah cuba apa yang aku mampu..sorry guys..
its over..

Friday, November 12, 2010

Forever and ever


kenapa dengan kau orang ea..
bila aku nak happy je mesti ada yang tak kena..
jeles or what??
aku and dye??kenapa pulak korang yang tak suke??
apa masalah korang??apa lagi yang tak puas hati dengan aku..
korang punye pasangan ada tak aku kesah???ada aku cakap tak suka??
hey..sikit pun aku tak campur ar..
so??kepada sesiapa yang tak suke aku and dye..boleh get away from my life..
sebab kalau boleh aku taknak tau pasal korang lagi..
korang bukan kawan tapi lawan..
hari toh baru mintak maaf..tapi gaduh balik..entah pape..
baik tak payah datang..
eh..sudah la..malas mahu layan perangai korang ni..
sepatutnya sokong and bagi semangat sikit..
tapi ni tak..pelik-pelik..
kepada orang-orang macam ni..(talam 2 muke..depan baik belakang macam sial..yang membusuk-busukkan aku..and banyak lagi)
please go away from me forever and ever..

Wednesday, November 10, 2010

Rumah Katik


Sekarang ni aku dekat rumah katik..
bertemankan Azpa and anak lelaki moidin..
katik?mesti ada yang tak tau siapa katik ni kan..
biar aku kenalkan kat korang semua..
dia ni ketua tingkatan kelas aku..
Iskandar bukan nama sebenar..
nama katik diberi disebabkan kerendahannya yang melampau..(gurau)
walaupun dia katik..dia tetap kawan yang paling best..
semenjak dua menjak ni asip melepak kat rumah dia je..
biasalah Azpa..Anak lelaki moidin and katik mengidam makan jambu..
tapi jambu toh memang best..aku pun macam da addicted..
sudah alang2 beli jambu singgah la rumah katik ni..
singgah main game la..hari ni..tetiba pulak katik ni terel..
pelik aku..semua dia menang..dia dah berlatih agaknya ni..
takpe2 hari ni hari dia..esok lusa belum tau..
ape-apepun..best lepak rumah katik..enjoy~~