Adakalanya kita fikir bahawa kita lah yang paling bahagia di dalam dunia ini..
tidak kira walaupun dengan keluarga, sahabat ataupun kekasih hati..
memang indah bila kita dapat mengimbau kembali detik-detik bersama orang tersayang..
gelak tawa, masalah, malah kesedihan juga, semua ini dikongsi bersama-sama..
alangkah bagus jikalau kebahagiaan ini dapat dirasai sehingga nafas kita yang terakhir..
tetapi inilah lumrah kehidupan kita, kebahagiaan yang kita kecapi..
Akhirnya akan musnah dan hilang dengan sekelip mata..
hubungan yang kita bina sekian lama akhirnya akan runtuh juga..
malah keakraban yang terjalin akan renggang dengan senangnya..
inilah saat yang paling menyedihkan dalam kehidupan kita..
masing-masing membawa haluan sendiri..
tidak lagi bergelak ketawa, tidak ada lagi bergurau senda..
semua ini berlaku kerana dengan adanya perselisihan faham antara satu sama lain..
tidak mudah untuk kita memuaskan hati mereka-mereka..
kelemahan atau kekurangan kita dijadikan punca segala masalah..
apa-apa sahaja yang dilakukan pasti ada silapnya..
walhal inilah lumrah seorang manusia..kerana tidak ada manusia yang sempurna..
tidak ada manusia yang tidak melakukan kesalahan..yang penting..
belajarlah daripada kesilapan..memperbetulkanlah diri kita dahulu..
sebelum membetulkan orang lain..barulah diri kita akan dihormati..