
Pada mulanya aku sering terfikir bahawa apabila tamat persekolahan..
kehidupan yang akan aku lalui mestilah sangat menarik dan 'fun'..
tetapi segala pemikiran itu semakin hari semakin sukar untuk menjadi kenyataan..
hari-hari yang aku lalui semakin membosankan..
berbeza sekali semasa aku di zaman persekolahan dahulu..
sebab dan niat aku yang utama pergi ke sekolah adalah untuk berjumpa dengan kawan-kawan..
sebab dan niat aku yang utama pergi ke sekolah adalah untuk berjumpa dengan kawan-kawan..
belajar adalah niat yang kedua..haha~~(klu parents aku tau mesti kene bebel ni..hehe)
kebahagiaan yang sukar untuk aku lupakan adalah bersama kawan-kawan..
gelak-tawa, sedih, gembira, kecewa, dan masalah-masalah..
semuanya dilalui bersama-sama dan yang paling aku sukar untuk lupakan..
adalah perangai mereka semua yang suka mengutuk untuk keseronokan..
dan ini adalah kenangan yang paling terindah dalam hidup aku..
sekarang segala-galanya berubah..
tiada lagi aku dapat melihat senyuman yang terukir di bibir dan mendengar telatah mereka..
'sibuk' mungkin perkataan ini yang sesuai dengan keadaan sekarang..
setiap orang sibuk dengan kehidupan masing-masing termasuklah diri aku sendiri..
sibuk untuk mencari duit dan sedang membiasakan diri dengan kehidupan selepas zaman persekolahan..
mana tidaknya kalau dulu papa dan mama aku yang beri duit poket..
semuanya ditanggung beres..
sekarang ini takkanlah nak harapkan 'parents' aku lagi kan..
aku tengah belajar untuk berdikari dan membiasakan diri dengan persekitaran hidup aku..
tapi agak sukar untuk aku membiasakan diri mungkin sebab baru lagi agaknya..
apa-apapun aku akan cuba yang terbaik untuk merubah kehidupan aku dan keluarga..
dan berharap semua kawan-kawan aku pun sama..
ok lah..out..
byep byep ~~~
No comments:
Post a Comment