Monday, November 15, 2010

Disebalik senyuman dan gelak tawa

Hari ini merupakan hari yang penuh dengan kepura-puraan..
aku cuba menyembunyikan perasaan sedih itu..
tidak mahu sesiapa perasan perubahan yang berlaku pada diri aku..
senyuman dan gelak tawa yang aku lontarkan hari ini..
adalah untuk menutup kesedihan yang aku alami..
sangat sukar untuk aku lalui hari ini..
berat rasa kaki aku untuk melangkah ke sekolah..
kadang kala aku cuba larikan pandangan aku daripada melihat dia..
aku cuba juga menjauhkan diri dari dia..
memberikan dia ruang untuk dia mencari kebahagiaan..
sekarang aku cuba untuk padamkan kenangan aku dengan dia..
sebab setiap kali aku keseorangan aku akan teringatkan saat-saat aku dengan dia..
dan airmata yang aku cuba tahankan akan mula membasahi pipi aku..
inilah yang aku lalui disebalik senyuman dan gelak tawa.

No comments:

Post a Comment