Kini kehidupan aku..
semakin hari semakin sukar untuk aku lalui..
pelbagai masalah dan dugaan yang hadir dalam kehidupan aku..
walaupun kadang-kala aku sering mengukirkan senyuman dan gelak tawa..
semua ini hanyalah untuk menyembunyikan segala yang aku lalui..
aku tidak mahu kesedihan dan kesukaran yang aku alami diketahui MEREKA
''SUNYI'' inilah perkataan yang sesuai untuk aku buat masa ini..
tanpa MEREKA disisi aku bagaikan tidak bernyawa..
semangat aku tidak lagi kukuh seperti dahulu..
seperti sesuatu telah hilang dalam hati aku..
KEBAHAGIAAN adalah yang paling sukar untuk aku kecapi..
apa-apa yang aku inginkan sering kali tidak dapat aku miliki..
tidak seperti sahabat-sahabat aku yang lain..
bahagia disamping orang yang tersayang..
dan ada juga yang baru sahaja berputik kebahagiaannya..
untuk aku..mungkin belum tiba masanya untuk aku mencapai saat seperti ini..
kadang-kala terasa letih dan putus asa untuk aku menjalani kehidupan aku..
tetapi dengan adanya MEREKA disisi..
tidak pernah aku berfikir untuk mengalah dalam kehidupan aku..
malah berusaha selagi mampu untuk mencapai apa yang aku inginkan dan juga mencapai kebahagiaan hidup aku..
MEREKALAH keluarga..MEREKALAH sahabat dan MEREKALAH sebagai pelengkap hidup aku..
MEREKALAH segala-galanya..
No comments:
Post a Comment