Thursday, December 30, 2010

kehidupan selepas zaman persekolahan


Pada mulanya aku sering terfikir bahawa apabila tamat persekolahan..
kehidupan yang akan aku lalui mestilah sangat menarik dan 'fun'..
tetapi segala pemikiran itu semakin hari semakin sukar untuk menjadi kenyataan..
hari-hari yang aku lalui semakin membosankan..
berbeza sekali semasa aku di zaman persekolahan dahulu..
sebab dan niat aku yang utama pergi ke sekolah adalah untuk berjumpa dengan kawan-kawan..
belajar adalah niat yang kedua..haha~~(klu parents aku tau mesti kene bebel ni..hehe)
kebahagiaan yang sukar untuk aku lupakan adalah bersama kawan-kawan..
gelak-tawa, sedih, gembira, kecewa, dan masalah-masalah..
semuanya dilalui bersama-sama dan yang paling aku sukar untuk lupakan..
adalah perangai mereka semua yang suka mengutuk untuk keseronokan..
dan ini adalah kenangan yang paling terindah dalam hidup aku..
sekarang segala-galanya berubah..
tiada lagi aku dapat melihat senyuman yang terukir di bibir dan mendengar telatah mereka..
'sibuk' mungkin perkataan ini yang sesuai dengan keadaan sekarang..
setiap orang sibuk dengan kehidupan masing-masing termasuklah diri aku sendiri..
sibuk untuk mencari duit dan sedang membiasakan diri dengan kehidupan selepas zaman persekolahan..
mana tidaknya kalau dulu papa dan mama aku yang beri duit poket..
semuanya ditanggung beres..
sekarang ini takkanlah nak harapkan 'parents' aku lagi kan..
aku tengah belajar untuk berdikari dan membiasakan diri dengan persekitaran hidup aku..
tapi agak sukar untuk aku membiasakan diri mungkin sebab baru lagi agaknya..
apa-apapun aku akan cuba yang terbaik untuk merubah kehidupan aku dan keluarga..
dan berharap semua kawan-kawan aku pun sama..
ok lah..out..
byep byep ~~~


Friday, December 24, 2010

why she in my dream..

Kenapa tiba-tiba aku mimpi pasal dia..
masuk hari ini kira dua hari aku mimpi dia..
tapi kenapa dia??
kenapa aku tak mimpi benda lain??
mimpi aku cabut gigi kawan aku ke??(isk)
peliklah..rasanya da lama aku tak ambil tahu mengenai dia..
tapi muncul pula dia dalam mimpi aku..
kusut betul la..
k la..out..

Thursday, December 16, 2010

mereka mereka mereka

Kini kehidupan aku..
semakin hari semakin sukar untuk aku lalui..
pelbagai masalah dan dugaan yang hadir dalam kehidupan aku..
walaupun kadang-kala aku sering mengukirkan senyuman dan gelak tawa..
semua ini hanyalah untuk menyembunyikan segala yang aku lalui..
aku tidak mahu kesedihan dan kesukaran yang aku alami diketahui MEREKA
''SUNYI'' inilah perkataan yang sesuai untuk aku buat masa ini..
tanpa MEREKA disisi aku bagaikan tidak bernyawa..
semangat aku tidak lagi kukuh seperti dahulu..
seperti sesuatu telah hilang dalam hati aku..
KEBAHAGIAAN adalah yang paling sukar untuk aku kecapi..
apa-apa yang aku inginkan sering kali tidak dapat aku miliki..
tidak seperti sahabat-sahabat aku yang lain..
bahagia disamping orang yang tersayang..
dan ada juga yang baru sahaja berputik kebahagiaannya..
untuk aku..mungkin belum tiba masanya untuk aku mencapai saat seperti ini..
kadang-kala terasa letih dan putus asa untuk aku menjalani kehidupan aku..
tetapi dengan adanya MEREKA disisi..
tidak pernah aku berfikir untuk mengalah dalam kehidupan aku..
malah berusaha selagi mampu untuk mencapai apa yang aku inginkan dan juga mencapai kebahagiaan hidup aku..
MEREKALAH keluarga..MEREKALAH sahabat dan MEREKALAH sebagai pelengkap hidup aku..
MEREKALAH segala-galanya..

Wednesday, December 15, 2010

Happy but the same time im sad..

haip..
sumpah rindu kat blog aku ni..
biasalah bz sikit sebab exam..
happy sebab da habis paper..
tapi sekarang sudah habis..
rasa sedih pula sebab lepas ni susah nak lepak2 dengan kawan2..
takde lagi gelak tawa macam dulu..
mesti bosan lepas ni..
esok the last day pi sekolah..
adoi..rasa macam tak lengkap hidup aku tanpa kawan2..
SYG korang semua..hehe

Friday, November 19, 2010

To all my friends

GOOD LUCK!!!
Hope kita semua dapat keputusan cemerlang..
and hope jugak FRIENDSHIP kita semua kekal sampai
bila-bila!!!

Nothing i can say

Aku pun tak tahu apa yang aku fikirkan..
rasa macam berserabut sangat dalam kepala aku..
mungkin tension sebab SPM lagi berapa hari saja lagi..
dan semangat aku pun makin lama makin turun..
mungkin disebabkan aku banyak masalah..
ermm..aku da tak tahu nak buat macam mana..
kenapa aku tak boleh nak buang perasaan ni..
walaupun aku da cuba untuk happy..
tapi semuanya macam ada yang tak kena..
salahkah untuk aku ********** ***..
tapi kenapa aku perlu lalui semua ini seorang diri..
silapkah aku ********** ***..
tak ada apa lagi yang aku boleh katakan lagi..
apa yang perlu cuma sabar..sabar dan sabar.

Wednesday, November 17, 2010

Persahabatan itu pelangkap hidup




Berita yang paling mengembirakan..
our family is complete..
lepas ni hope kita semua macam dulu-dulu..
tak nak lagi gaduh-gaduh..
kalau nak gaduh pun biarlah gaduh manja..haha..
kepada kawan-kawan saya..
hope friendship kita akan kekal selamanya..
korang la sahabat yang terbaik dalam hidup aku..
korang la yang selalu dengar masalah aku..
korang la tempat aku mengadu..
korang la yang buat aku lupakan masalah aku..
korang la yang melenyapkan rasa sedih aku..
korang la yang buat aku happy..
yeah!i'm so happy now..

Tuesday, November 16, 2010

Sayonara daisuki na hito


Tajuk blog aku kali ini seperti yang di atas..
mesti ada yang nak tahu maksudnya dan sebab aku letak tajuk macam ini..
'sayonara daisuki na hito' atau maksud dia goodbye my lover..
tajuk ini berkait dengan apa yang aku lalui sekarang..
dan mulai hari ini aku cuba untuk melupakan dia..
melupakan segala-segalanya..mungkin lepas spm aku akan tukar nombor baru..
aku perlukan ketenangan..perlukan ruang untuk bersendiri..
mungkin sebab luka dalam hati aku ini susah untuk pulih..
kali ini aku betul-betul nekad untuk lupakan dia..
kepada kawan-kawan aku yang aku sayang..
janganlah buat macam yang korang buat masa aritoh..
aku tak suka sebab aku baru saja nak lupakan dia..
aku tahu niat korang..tapi aku susah nak terima..
apa-apapun thanks guys..aku dah taknak sedih-sedih lagi..
aku akan cuba lawan emosi aku..
i'll try my best..


Monday, November 15, 2010

Disebalik senyuman dan gelak tawa

Hari ini merupakan hari yang penuh dengan kepura-puraan..
aku cuba menyembunyikan perasaan sedih itu..
tidak mahu sesiapa perasan perubahan yang berlaku pada diri aku..
senyuman dan gelak tawa yang aku lontarkan hari ini..
adalah untuk menutup kesedihan yang aku alami..
sangat sukar untuk aku lalui hari ini..
berat rasa kaki aku untuk melangkah ke sekolah..
kadang kala aku cuba larikan pandangan aku daripada melihat dia..
aku cuba juga menjauhkan diri dari dia..
memberikan dia ruang untuk dia mencari kebahagiaan..
sekarang aku cuba untuk padamkan kenangan aku dengan dia..
sebab setiap kali aku keseorangan aku akan teringatkan saat-saat aku dengan dia..
dan airmata yang aku cuba tahankan akan mula membasahi pipi aku..
inilah yang aku lalui disebalik senyuman dan gelak tawa.

Saturday, November 13, 2010

I will let you go

Hari ini satu lagi hari yang sangat menyedihkan bagi aku..
dengan cuaca diluar sekarang yang hujan dengan lebat..
bagaikan berkait dengan hati dan perasaan aku..
sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku hari ini..
kelihatan hujan yang membasahi setiap daun-daun..
seperti airmata yang berlinangan di wajah aku..
awan-awan dilangit tidak putih seperti selalu..tiada sinar matahari..
keceriaan dan kegembiraan sudah tiada dalam diri aku..
hanya tuhan yang mengetahui apa yang sedang aku rasa dan lalui..
mungkin dia gembira dengan apa yang diucapkan kepada aku..
ini semua bagaikan suatu permainan bagi diri dia..
tapi tidak bagi aku..kenapa sanggup untuk dia mempermainkan hati dan perasaan aku..
dengan memberi harapan palsu untuk bersama dengan dia..
begitu sukarkah untuk dia merasai kejujuran dalam diri aku..
saat bersama dia..merupakan saat yang paling membahagiakan..
dan saat ini tidak akan lagi aku lalui..
she said 'we're not meant to be together'..and she want me to be her best friend..
best friend or friend..seriously..i cant..sorry..
dengan apa yang dia lakukan tidak mudah untuk aku lupakan semuanya..
dan kepada orang yang tidak pernah menyokong dan tidak suka aku dengan dia..
tahniah..apa yang korang nak..sudah termakbul..bergembiralah..
dan kepada kawan-kawan yang memberi semangat kepada aku..
thanks koranglah sahabat aku dunia dan akhirat..
aku sudah cuba apa yang aku mampu..sorry guys..
its over..

Friday, November 12, 2010

Forever and ever


kenapa dengan kau orang ea..
bila aku nak happy je mesti ada yang tak kena..
jeles or what??
aku and dye??kenapa pulak korang yang tak suke??
apa masalah korang??apa lagi yang tak puas hati dengan aku..
korang punye pasangan ada tak aku kesah???ada aku cakap tak suka??
hey..sikit pun aku tak campur ar..
so??kepada sesiapa yang tak suke aku and dye..boleh get away from my life..
sebab kalau boleh aku taknak tau pasal korang lagi..
korang bukan kawan tapi lawan..
hari toh baru mintak maaf..tapi gaduh balik..entah pape..
baik tak payah datang..
eh..sudah la..malas mahu layan perangai korang ni..
sepatutnya sokong and bagi semangat sikit..
tapi ni tak..pelik-pelik..
kepada orang-orang macam ni..(talam 2 muke..depan baik belakang macam sial..yang membusuk-busukkan aku..and banyak lagi)
please go away from me forever and ever..

Wednesday, November 10, 2010

Rumah Katik


Sekarang ni aku dekat rumah katik..
bertemankan Azpa and anak lelaki moidin..
katik?mesti ada yang tak tau siapa katik ni kan..
biar aku kenalkan kat korang semua..
dia ni ketua tingkatan kelas aku..
Iskandar bukan nama sebenar..
nama katik diberi disebabkan kerendahannya yang melampau..(gurau)
walaupun dia katik..dia tetap kawan yang paling best..
semenjak dua menjak ni asip melepak kat rumah dia je..
biasalah Azpa..Anak lelaki moidin and katik mengidam makan jambu..
tapi jambu toh memang best..aku pun macam da addicted..
sudah alang2 beli jambu singgah la rumah katik ni..
singgah main game la..hari ni..tetiba pulak katik ni terel..
pelik aku..semua dia menang..dia dah berlatih agaknya ni..
takpe2 hari ni hari dia..esok lusa belum tau..
ape-apepun..best lepak rumah katik..enjoy~~


Hati terdetik


Waktu terasa semakin berlalu..
teringatkan cerita tentang kita..
terdengar lagi kini tawamu..
tuk hapuskan semua sepi di hati..
teringat di saat kita tertawa bersama..
ceritakan semua tentang kita..
ada cerita tentang aku dan dia..
dan kita bersama saat ini..
ada cerita tentang masa yang indah..
saat kita berduka saat kita tertawa..
ku pernah menyendiri..
di sini ku akan terasa sepi..
walaupun bibir penuh gelak tawa..
namun hatiku sepi..
jangan bilang tidak..
bila kita belum mencUba..
siapa yang tahu akan sama hatimu dan juga hatiku..
banyak yang bercinta bertahun-tahun putus juga..
kuharapkan dengan dirimu walaupun singkat pendekatan..
cinta kita kan abadi..

Saturday, November 6, 2010

rindu

Kalau orang yang tengah bercinta..
mesti cakap semakin hari semakin rindu..
tapi bagi orang yang macam aku ni..
semakin hari semakin bohsan..hehe..
mungkin sebab da lama tak jumpa kawan-kawan aku..
rindu kat semua..
tadi aku terbaca blog my best friend..
sedih jugalah..mana taknya kitorang sebenarnya berempat..
tapi sekarang sudah jadi bertiga..adoi..
takpe2 maybe ada hikmah disebalik semua ini..
chill oke..
walaupun dia tak rapat lagi..kite semua still kawan..
sudahlah taknak sedih2 lagi..
lagi 1..thanks to azfar coz bawak aku n anak lelaki moidin pi pantai..haha
memang best..lepak2..
lain kali bawa pi tempat lagi best tau..hehe

wahhh bohhsann


Bohsan yang teramat sangat..
masuk harini kira-kira da due hari lah bohsan.
mane taknye kawan aku raye semalam..(depavali)
sampai tak jemput aku datang open house die..
A bukan name sebenar..haha..
biasalah aku punye kawan 1 MALAYSIA..
kalau nak tau aku sekarang on9 pakai laptop..haha..
but not mine..papa aku yang punye..
tapi takpelah papa aku punye barang kire aku punye sekalilah..hehe
pizza???
tadi tengah boring2 along aku belanje pizza..
fuhhh..pizza yg cheese toh..my favourite kot..
dye bagi 2 kotak pizza..ape lagi aku melantak macam orang kebulur la..
biasalah adik kesayangan..haha..



Friday, November 5, 2010

why me??????????

kenape kau selalu buat aku macam ni???
aku ikhlas kawan kau..
aku maafkan kau lepas majlis toh..
aku tak nak gaduh lagi..
tapi kenape kau buat balik!!!
lepas kau da mintak maaf kat aku..
ape yang kau nak sbenarnye?????huhuhu...
dulu kau kate nak jadi cam kawan2 aku..
ye..aku layan kau macam kawan2 aku..
tapi kenape kau mezti macam nih????
ape motif kau???
n kenape mezti aku?????
aku tak suke macam ni!!!
huhuhu!!!

Monday, November 1, 2010

Good day n Bad day


Oke..kali ni cerita pasal aku pulaklah..
tak habis-habis diorang aja..
apa yang aku boleh buat cuma doakan untuk diorang..
yang selebihnya terpulang hati masing-masing..
FULLSTOP!

Masuk hari ini kira hari ketiga aku makan aiskrim box..
adoi..mungkin sudah addicted kot dekat benda ni..
sumpah best..hehe..
tapi kesan aku makan ini hari-hari..
gemuk lah aku nanti..
haha..
tapi apa aku kesah..belasah aja lah..
lagi satu..semenjak 2,3 hari ini..
aku macam tak ada mood..
aku tak tahu asal..
apa yang aku buat mesti ada yang tak kena..
tak suka kot macam ini..
huhu

Gagal

Gagal..itulah perkataan yang aku dapat ungkapkan sekarang..
harapan untuk melihat kawan-kawan aku berbaik..
hanyalah tinggal harapan..
tetapi mungkin lepas apa yang berlaku di majlis itu..
ada yang mungkin diantara kawan-kawan aku..
sudah terbuka hati untuk berbaik..
baguslah macam itu..
tetapi bagi yang belum terbuka hati itu..
cubalah rendah-rendahkan ego sikit..
bukan aku nak perli atau menganjing..
tetapi ini untuk kebaikkan semua..
sampai bila nak bergaduh??sampai dah ada anak cucu??
cukup-cukuplah..
sudahlah tak nak cakap banyak nanti cakap aku lebih-lebih pulak kan..
faham-faham sendirilah..

Saturday, October 30, 2010

semalam the best day

Mula sekali aku nak cerita pasal semalam..
satu majlis yang dirancang oleh kawan-kawan kelas aku..
walaupun pada mulanya ada yang berpuak-puak dalam kelas..
kitorang tetap ajak semua sebab selain untuk gembira..
tujuan lain adalah untuk baikkan semua yang ada salah faham antara satu sama lain..
mungkin dengan cara ini diorang dapat buka hati untuk berbaik..
dan bermaaffan dengan yang lain..
alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar..
tapi bab buka hati itu aku tak boleh cakap apa-apa..
sebab itu dari diri diorang masing-masing..
apa yang aku boleh buat hanya doakan persahabatan kitorang baik-baik..
dan kekal sampai bila-bila..
yang selebihnya itu semua dari diri setiap orang..
walaupun baru semalam berkumpul dengan kawan-kawan aku semua..
tapi aku sudah mula rindu saat gelak tawa diorang semua..
mungkin ini adalah hari yang paling indah dalam hidup aku..
yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit kerana ianya lebih bernilai dari itu.

pelangi itu indah..
bulan itu menawan..
berkawan jangan bertelingkah..
bermusuhan bukan penyelesaian..




Saturday, October 2, 2010

Double P..

hari ini aku mulakan kehidupan baru aku dengan penuh semangat..
walaupun aku sedih..aku berusaha untuk menceriakan diri aku..
bukan mudah untuk aku mencari kebahagiaan ..
tetapi kawan-kawanlah yang menjadi pelengkap hidup aku..
mungkin sekarang ini aku tidak memerlukan seseorang yang special..
dalam kata lain..aku tidak rasa ingin bercinta semula..
mungkin ada hikmah disebalik kekecewaan yang aku lalui ini..
aku berharap hari yang akan datang akan lebih baik daripada semalam dan hari ini..
Tetapi hari ini hari yang aku rasa sangat penat dan sangat-sangat pelik..
mana tidaknya hari ini rumah aku ada open house untuk kawan-kawan abang aku..
memang gile punya penat laa..sebelum itu petang tadi aku pergi main basketball..
balik daipada main basketball..terus kena tolong-tolong..leceh betol kan..
tetapi sebelum aku sampai dekat rumah aku..ada benda pelik yang berlaku..huhuhu..
macam hari-hari yang sebelum ini..kalau pergi mana-mana mesti aku bawa kawan aku..
dan tadi selepas main basketball..aku hantarlah kawan aku balik.. "a" bukan nama sebenar..
bila sampai saja rumah dia..macam biasalah dia mesti salam aku sebelum aku jalan..
tapi sebelum-sebelum ini salam macam biasa saja..dan tadi tiba-tiba..
dia salam dan tunduk..macam salam mak bapak dia..hahaha..
sumpah pelik..seram aku tadi..macam-macam andaian aku buat..
mungkin dia kena sampuk dengan jin sopan rasanya..hahaha...
haha..itulah double p..penat dan pelik..title kali ini..byep..hehe

Friday, October 1, 2010

kehidupan yang menyedihkan..


kenapa???
kenapa semua yang aku lalui amat perit...
kenapa yang aku inginkan begitu sukar untuk dicapai...
dikecewakan..dipermainkan..disakiti..
ini yang aku peroleh dalam kehidupan aku..
walaupun bukan ini yang aku inginkan..
aku cuma ingin disayangi dan menyayangi..
adakah aku tidak layak untuk dikasihi..
aku sudah putus asa untuk lalui kehidupan aku..
hari ini..hari yang malang bagi aku..
aku bagaikan tidak lagi mempunyai perasaan..
kosong??ini yang aku rasakan dalam hati aku..
kenapa susah untuk semua orang memahami apa yang aku rasa..
adakah keputusan untuk memutuskan persahabatan itu..
satu jalan yang terbaik bagi aku..
mungkin disebabkan kekecewaan yang aku alami sekarang ini..
membuatkan aku berfikir dengan tidak rasional..
tetapi apa lagi yang aku boleh lakukan..
aku sedih..''dia'' sudah berjanji..
untuk bantu aku melupakan segalanya yang aku lalui..
tetapi janji sekadar janji..di biarkan begitu sahaja..
"dia" sudah mendapat kebahagiaan..aku dilupakan begitu sahaja..
mungkin sekarang ini aku tidak lagi rasa ingin bercinta...
apa yang aku lalui semua ini menyedarkan aku..
yang mana 1 lawan..kawan..dan juga orang yang sepatutnya kita sayang..
ada juga yang baik bila depan kita..tapi belakang2 sebaliknya..
susah untuk aku buka hati untuk bercinta semula..
dan ini juga adalah permulaan yang baru bagi kehidupan aku..
selepas SPM..inilah yang aku tunggu..
tidak lagi aku bersemuka dengan orang-orang yang membuat aku sedih..
aku akan teruskan kehidupan aku yang serba sederhana ini..
dengan penuh ketenangan.

Friday, August 6, 2010

Our Friendship Need Cure




Persahabatan sangat penting dalam hidup kita..
Mempunyai kawan baik bermaksud mempunyai harta karun yang bernilai..
Tidak kira tua atau muda..
Semua orang memerlukan kawan baik untuk memberi dorongan kepada diri kita..
Kawanlah yang menemani kita apabila masa sedih..
Ada masanya, kawan juga berkongsi hobi dan apa yang kita sukai..
Kita sering memerlukan kawan baik apabila dalam keadaan gembira dan sedih..
Mereka akan berkongsi kebahagiaan dan kesedihan bersama kita..
Tetapi untuk menjadi 'best fiends ever' bukan mudah..
Semua perlu memainkan peranan masing-masing..
Bukan seorang atau dua orang sahaja..
Tapi sebelum itu..keikhlasan dan kejujuran diperlukan untuk membentuk persahabatan yang kukuh dan kekal sampai bila-bila..
Kita perlu saling memahami dan bersefahaman..supaya tidak berlakunya salah faham..
Adakalanya..apabila kita menegur atau ditegur..mungkin ada yang terkecik hati..
Tapi..ini untuk memulihkan persahabatan yang kucar-kacir..
Jangan pula bila ditegur atau menegur..kita menjadi marah atau membenci mereka..
Kita kena fikir positif..mungkin ada salah silap kita yang kita tidak perasan..
Ubah diri dan sikap kita..mungkin ini yang terbaik..
Bagi seseorang yang memliki keegoan dan keras kepala..
Haraplah dibuangkan atau dikurangkan..kerana sikap ini akan memakan diri kita semula..
Janganlah kita mensia-siakan persahabatan yang telah lama tercipta..
Fikirkanlah..dengan siapa kita meluahkan masalah,dengan siapa kita gembira,dengan siapa kita bersedih,siapa yang sering menemani kita..
Kenangan..imbaulah kembali kenangan yang telah tercipta daripada persahabatan..
Gelak tawa..tangisan..senyuman..gambar-gambar yang penuh warna-warni bersama..
Semua orang melakukan kesilapan..siapa kita untuk memberi hukuman..
Tetapi sebgai kawan baik..menasihati dan memaafkan sudah tersemat dalam diri kita..

Akhir kata,
Janganlah terlalu diikutkan hati..
Keras kepala dan ego perlu dihindari
Penyesalan tidak lagi berguna pada diri..
Kerana persahabatan terputus sampai mati.

Fikir-fikirkanlah..


Wednesday, July 21, 2010

ermm

Kepada mereka-mereka yang membenci aku toh..
If korunk nak bebaik dengan aku..
Aku oke je..sebenarnye..aku da malas nak fikir sume nih lagi..
Tadi bukan aku tak nak jumpe..
Tapi aku tumpang orang..bese la..aku kan menumpang je..
Aku da lupekan sume nye..
Tak payah la korunk risau..
Aku oke je...
Tapi ni pon if korunk nak..
iF tak nak..aku tak pakse..
Asalkan korunk ikhlas..
k la..
nih je..out..

Tuesday, July 20, 2010

kawan atau lawan..





kawan atau lawan..
Tajuk ini aku pernah gunakan pada pertama kali aku buat blog..
Dan kini..aku faham kawan yang betul ikhlas dan memahami diri kita..
Amat sukar untuk dicari..dan lawan????
Tidak pernah terniat untuk mencari..
Tapi..begitu mudah untuk mendapatkannya..

Kita sering menjaga perasaan dan hati mereka..
Dan kita juga inginkan yang sama daripada mereka..
Tetapi..bila sebaliknya berlaku..
Kita akan dapat tahu yang mana lawan dan kawan..
Kadang-kadang perkara yang tidak disangka berlaku..
Kawan yang dianggap orang yang boleh dipercayai juga..
Boleh berubah kepada lawan..

Mungkin..inilah lumrah persahabatan..
Walau macam mana pun kita gembira dengan persahabatan kita..
Kita juga pasti akan melalui hari-hari yang mengecewakan..






relationship is over now..

Mulai hari ini..
Segala persahabatan yang sudah lama terjalin..
Kini sudah berakhir..dan hanya dijadikan sebagai kenangan..
Mungkin ini yang dinantikan oleh mereka-mereka..
Mungkin juga ada hikmah disebalik semua kejadian ini..
Biarlah kebenaran membuktikan segala-galanya..
Aku hanyalah manusia biasa..mempunyai perasaan..
Dan sering terasa hati..tapi takpe..
Aku takkan ganggu mereka-mereka lagi..
Dan berharap mereka-mereka ini tidak ganggu aku lagi..
Enjoy urlife..
thanks sbb pernah menjadi bestfren aku..
Aku hargai..thanks..

Sunday, July 18, 2010

what???????

its over??Whyy??
Baru aje nak bebaik..
Lagi masalah datang dekat aku..
Aku pun tak tau..ape lagi yang tak kene..
Maybe aku tak boleh bukak mulot langsung..
Sebab nanti macam-macam jadi..
Sebab nanti yang salah mezty aku..
Takkan ade orang lain lagi..
Sume nampak kesalahan yang aku buat..
Tapi takpe..aku tak kesah..just sabar..
k larhh..ni je kali ni..
not in mood..
k out..

Friday, July 16, 2010

my life..


Aku perlukan ketenangan..
Lepas apa yang terjadi pada aku sebelum ini..
Semua masalah buatkan aku jadi tension..
Mungkin aku akan senyap untuk sementara waktu..
Jangan salah faham..blog aku tetap update..
Tapi if ada event dengan kawan-kawan or siapa-siapa saja..
Sorry to say..aku tak join..bukan aku nak jauhkan diri..
But..all my problem make me hate my life..
My life suck!!!not like you all..
Whyyy???because im not perfect..
Aku just menambahkan masalah..
Mungkin ini yang terbaik..
Menyendiri buat sementara waktu..
Kenape la aku tak berubah-berubah..
Asyik buat masalah aje..
SPM???????
Mase untuk SPM sudah makin dekat..
Tapi aku tidak insaf-insaf lagi..
Aku taknak kecewa kan mama and papa aku..
Sebab my parent mengharapkan aku untuk mngubah kehidupan family aku..
Berat tanggungjawab aku..
Ermm..
Walau macam mana pun..aku akan buat yang terbaik..
But i need dorongan and sokongan daripada semua...
oke..ni saje untuk kali ni..k byep..


Wednesday, July 14, 2010

corat-coret kisah ku..


Hidup ini umpama tanaman digoncang angin..
Pelbagai dugaan dan cabaran yang harus dilalui..
Kadang-kadang angin yang pertama membawa kepada kebahagiaan..
Tiupan angin kedua pula membawa kepada kesedihan dan kekecewaan..
Gelak tawa..kegembiraan..tangis..kekecewaan..
Itu semua tidak datang dengan sendirinya..
Kita yang harus memilih sama ada mahu kebahagiaan atau sebaliknya..
Tapi kadang-kadang memang sukar untuk mendapatkan kebahagiaan..
Tidak kira bersama keluarga..kawan-kawan..dan orang tersayang..
Kerana sukar untuk memuaskan hati semua orang di sekeliling kita..

Kita sering disakiti dan menyakiti perasaan orang lain..
Kerana kita bukan lah mahluk yang sempurna..
Mungkin kita fikir diri kita betul..
Tapi cube fikir perasaan orang disekeliling kita..
Sikap mementingkan diri pasti memakan diri kita semula..
Untuk mencari kebahagiaan..
Mungkin kita pelu memilih orang yang betul-betul ikhlas dengan kita..
Kerana zaman ini terdapat segelintir orang tidak boleh melihat diri kita gembira..
Orang yang mempunyai hasad dengki dan iri hati macam ini lah..
Kita kena berhati-hati..kalau tidak dengan sekelip mata saja kehidupan kita..
Dimusnahkan oleh orang-orang yang hati busuk..

orang yang tersayang..
Mungkin memang sukar untuk menyintai seseorang..
Jika kita pernah dikecewakan..
Kerana itu lah pengalaman yang paling sukar untuk dilupakan..
Bagi segelintir orang..melupakan orang yang kita sayang amat mudah..
Tapi bagi orang yang jujur dan ikhlas..amat sukar untuk melupakan..
Mungkin ada yang mencapai kebahagiaan dengan pasangan mereka..
Tetapi tidak berkekalan..
kerana oleh hasad dengki dan iri hati orang lain..
Apa yang perlu..hanyalah mempercayai pasangan kita sendiri..
Tapi kita juga perlu ada sikap was-was dan ragu-ragu..







Tuesday, July 13, 2010

kehidupan baru..


Bermulanya kehidupan baru aku..
Tanpa orang yang disayangi dan hanya bertemankan sahabat-sahabat..
Yang sentiasa menasihati dan memberi galakkan..
Untuk terus melupakan segala hari-hari yang mendukekan..
Walaupun sangat sukar untuk aku melupakan segalanya..
Tapi aku akan cube selagi aku terdaya..
Sebab aku tidak tahan lagi untuk menanggung ape yang aku rasa..
Sekarang..untuk aku mendapatkan kebahagiaan..
Hanyalah bersama-sama sahabat aku..
Perasaan sayang memang sukar untuk dilupakan..
Mungkin segelintir sahabat aku akan gelakkan aku..
Sebab aku taip macam ni..
Tapi takpe..mungkin yang gelakkan tu..
Tak pernah rase macam ape yang aku lalui sekarang..
Ermm..
Apa yang dalam fikiran aku sekarang ini..
Hanyalah untuk merubah kehidupan aku..
Mungkin tidak lagi happy macam yang dulu..
Yang pasti..aku tidak akan bersedih lagi..
Aku akan pastikan kehidupan aku lebih baik dari sekarang..
Fokus aku sekarang hanyalah kepada pembelajaran dan kerjaya aku masa depan..
Hope sahabat-sahabat aku atau sapa-sapa aje menyokong aku..
Dan beri aku semangat untuk merubah segalanya..
Thanks a lot..

akhir kata..
Walaupun kita sering melaui hari-hari yang mendukekan..
Janganlah kita mengalah atau berputus asa..
Kita masih lagi berpeluang merubah segalanya..
Jangan disebabkan nila setitik..
Rosak susu sebelanga..

Sunday, July 11, 2010

everything changes???

hei,da lame aku x update blog ni..
rindu dekat sume..hehe..
biasa larhh..kalau da update ni mezti la ade cite..
kalau korunk sume perasan larh kan..
setiap kali aku update blog..mzty aku akan letak 1 pic untuk korunk..
tp sebenarnye pic2 toh sume bukan saje2 aku letak..
aku nk korunk faham ape yang aku nak sampai kan..
oke..yang macam kali nih..
aku letak pic nih..sebab banyak bende yang berlaku dalam relationship kami..
ermm..
kejujuran..kepercayaan..kesetiaan..
sume nih kene ade dlm dri setiap orang..
kalau nak persahabatan kite kekal..
bile kite tegur..bukan bermakne jeles..o xsuke..
x..mungkin ade salah dan silap kite..
kite kene terime..jangan ego..keras kepale..
persahabtan..kite kene fikir ntok semua..bukan diri saje..
harap sume faham..

ape yang penting sekarang..
jangan ade sikap iri hati antare 1 same lain..
kalau nk setel sume..berterus terang..
memang kalau terus terang mezty ade yang kechik aty o sket aty..
tapi kalau x..sampai bile nk setel kan maslah..
oke..
nih je untok kali nih..

akhir kate,
susah bersame..
senang bersame..
tulah kawan namenye..

tapi klau senang bersame..
susah tinggalkan..
tulah pemusnah hidup kite...

Sunday, June 20, 2010

Sunyi tanpa kamu..



Kehidupan aku dahulu dan sekarang sangat berbeza..
Walaupun aku kini gembira dengan kawan-kawan aku..
Tapi bila aku seorang tanpa mereka semua..
Apa yang aku rasa cuma kesunyian..
Kalau dulu walaupun aku tidak bersama kawan aku..
Aku tetap happy,tetap ceria,tetap senyum..
Kini apa yang aku lalui berbeza sangat-sangat..

Kalau dahulu..
Aku ditemani dengan bunyi mesej yang tidak henti-henti masuk..
Rasa bahagia sangat-sangat..
Terasa seperti diri ku ni yang paling bahagia di dunia ini..
Tapi itu semua sudah berubah..
Berbeza teramat sekarang dengan apa yang aku lalui..
Tapi sekarang..
Yang menjadi peneman hari-hari yang aku lalui..
Hanyalah air mata dan doa yang tidak putus-putus..
Yang mendoakan kebahagiaan dirinya..

Apakah ini dugaan dan cabaran yang perlu dilalui..
Mungkin aku tidak ditakdirkan bersama dirinya..
Aku redha dengan takdir ku ini..
Tapi yang pasti..
Hati dan cintaku tetap hanya untuk dirinya..
Tiada yang lain dalam hati ini selain dirinya..

Walaupun aku telah dikecewakan dengan orang yang aku sayangi..

Tidak mungkin aku akan melupakan dirinya dengan mudah..
Tidak sama sekali..
Kerana hanya dia yang mampu membuat diri ini..
Menjadi manusia yang paling bahagia satu ketika dahulu..
Perasaan selepas perpisahan tidak boleh diungkap dengan kata-kata..
Kerana orang yang pernah melaluinya sahaja..
Yang merasai dan faham..
>>>>>>>i always love you<<<<<<<

Akhir kata..

Setiap manusia sentiasa melakukan kesalahan..
Inilah yang dinamakan lumrah kehidupan..
Jangan disebabkan nila setitik..
Rosak susu sebelanga..(
amboy brpantun nmpk..haha)

SO..
Jagalah perhubungan kita selagi boleh..
Perpisahan bukanlah cara yang terakhir dan yang terbaik..

blog ini tidak ada kena-mengena dengan yang masih hidup..
ataupun sudah meninggal dunia..rekaan semata-mata..
haha..


Sunday, June 13, 2010

Hang out aritoh..(dalam suke ade duke)



Hey korunk..
nih pic yg kitorang amik time hang aritoh..
sebenarnye banyak lagi..
tapi nih 2 je upload..
nak letak sume mampos la..
1oo lebih pic yang kitorang ssnap kot..
hehe..
memang syokkk gile la..
sebab kali ni lagi ramai dari yang aritoh..
memang best la..
sebab ade plan yang tak dirancang tapi gile best..
macam laughing gas..
hehe..
tapi aku x main la..
hehe..
aku lagi suke tengok dowg main bende toh..
ketawe macam nak mampos..
hehe..
memang syokk larhh..
Tapi dalam suke-suke toh..
mzty ade yang xkene..
bende nih bkn trjadi kat korunk..
tapi aku kecik hati dengan someone..
mule2 dye macam hine aku..
macam nih ayat dye..
isk:eh bad baju nih lawa ar..(perli) smbil tnjok kt 1 kedai bju..
bad:hehe..lawa ke lawak..nk aku belikn??
belum sempat isk jawab..ade mahluk tuhan nih mnyampuk..
~~:eh?aku salah dgr ke??ibad nk blanje??(nada perli)
bad:eh..kau jgn pndng sebelelah mate ar..agak2 ar..
pastoh..aku ngn bdak toh diam..
n aku kcik aty..tapi aku diam je la..
ape lg nk wat..
aku tau aku xsekaye kau..tapi jgn nk hine org len ar..huhu..
nih je ade dlm aty aku pade mse toh..
n lagi masalah..
knape kalau aku ngn gurl len je..
mzty ade yang kate aku nih mcm kacau line!!
dalam mksod lain PERAMPAS!!!
npe????
da tau gurl toh juz kwn aku!!!
ape lg!!!
huhu..gurl toh yg duduk kat aku lpas snap pic korang!!
tnye dulu baru cakap!!!
aku benci macam nih..
kenape aku xleh brkwn ngn gurl???!!!
salah!!!HARAM!!
time toh ade 2 gurl je kot!!!!
huhu..ke jelez aku brkwn ngn gurl!!!
sudah la..aku malaz nk pk2 lagi..
bak kate pawas..biar je bad dowang nk ckp ape..
huhu..
xpe lah..asalkan kite happy aritoh..
k larhh..t aku update lagi ea..
k byep..
BFF ROCK!!peace lambang kami!!!


Monday, June 7, 2010

Bufday ke???





Hey korunk..

Thanks sebab sudi wish befday aku..
hehe..
Nk tau present ape papa n mama aku bg???
hehe..
Mama aku belikn aku baju and baju ape tah..
Yang sarung kt luar dye toh..
hehe..
And papa aku pulak..
Belikan aku kasot..
Walaupun xmahal macam kasot and baju korunk..
Tapi aku hargai sangat-sangat..
Nak nanges pun ade..
Sebab sebelum nih..
Dowang xpenah bagi present kat aku..
Aku hapy sangat n trsentuh hati aku nih..
Thanks toh my mama n my papa..
I love u so muchh!!!
ANd kat my fren..
I love u all!!!
hehe..

Friday, June 4, 2010

Hang out dengan my bFF!!




03/06/10
Aku happy sangat dapat keluar dengan my BFF..
But bukan semua dapat ikut..
Memang la sedih sikit sebab kalau dapat keluar ramai-ramai..
Mesti lagi best and enjoy..
Yang hang out >din,azri,joe,''dieyla'' and aku..
Walaupun tak ramai tapi sume enjoy sangat-sangat..
Hehe..mule-mule aku memang tak nak keluar dengan diorang..
Sebab aku nak kumpul duit untuk beli camera..
Tapi bila aku dah balik dari hang out toh..
Aku pikir-pikir balik mesti aku menyesal kalau tak ikut..
Sebab aku betul-betul rase happy sangat..
Da lama aku tak rasa happy yang macam ni..
Kitorang paling suka snap photo larhh..
Sebab kitorang bergerak je mesti pose..hahaha
Aku rase lebih dari 100 pic kitorang amik..
Macam-macam gaye ade..
kadang-kadang tengok balik pic toh sume..
Kelakar pun ade tapi hensem pun ade..
Tapi aku je ensem yang lain tak..hahaha
Jangan marah ye wahai my bFF..
Nih sume kenyataan..(gurau je)
Hehe..kami memang ROCK!!
Tapi sepatutnye kitorang happy berlime..
Ermm..kalau korang pasan ade name gurl kat atas tadi..
Dieyla name dia ..(hate this gurl!!!!)
Bukan kitoang sengaja nak marah and pulaukan die..
Tapi sebab die jugak..Die patot mintak maaf bile jumpe kat sekolah..
Tapi die KERAS KEPALA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Bile la kau boleh berubah dieyla..
Kau buat kitorang marah,geram,sakit hati..
Jangan sampai kitorang benci kat kau..huhu..
Xpela..aku rase aku da pernah ingat kan die supaya berubah..
Tapi die still x serik-serik..
Sudah la..sebenarnye tujuan aku tulis blog nih sebab nak bagitau kat korang sume yang hargai la kawan-kawan korang selagi dowang still ade dekat dengan korang..
Kalau ade pape yang kawan-kawan korang nasihat atau tak suke perangai korang..
Korang cume perlu pikir positif and berubah la..
Jangan KERAS KEPALA!!!macam kawan aku nih..
Hope korang pun happy dengan kawan-kawan korang..
ELakkan bergaduh..oke larhh..
Kalau aku ade cerite baru lagi..
Nanti aku update oke..

Akhir kata,

Susah-susah tempuhi bersama,
senang-senang lalui bersama.

Ini barulah dikatakan SAHABAT SEJATI SELAMANYA.










Wednesday, June 2, 2010

Kawan atau lawan??



Kita semua mempunyai kawan,

Tidak kira BFF atau kawan biasa,

Memang sukar untuk mencari kawan sejati,

Tetapi mencari kawan biasa tersangatlah mudah,

Bila kita berbual dengan seseorang yang kita tidak kenal dalam berapa minit,

Itu pun sudah boleh dianggap sebagai kawan,

Tetapi ada juga yang baru berkawan selama beberapa jam,

Sudah menganggap sebagai BFF dan oran yang boleh dipercayai,

Itu bukan mencari kawan tetapi mencari maut,

Kawan yg setia atau dipanggil BFF,

Tidak sesekali mengutuk,cakap belakang,tikam belakang dan banyak lagi,

Tetapi dia akan menasihati,membetulkan dan memberi sokongan dan juga dorongan,

Sudah semesti BFF menjadi tempat untuk kita meluahkan kesedihan dan juga kegembiraan,

Tetapi sukar untuk kita menilai seseorang itu betul-betul jujur berkawan dengan kita atau sebaliknya,

Sebab ada juga yang mengambil kesempatan atas kepercayaan yang kita bagi,

So,hati-hatilah kalau hendak mencari atau hendak memilih kawan dan juga BFF,

Alhamdulillah,sebab aku dikurniakan kawan-kawan dan juga BFF yang BAIK,HEBAT dan GILA-GILA.


Blog ini tidak ada kene mengena dengan orang yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia..haha


Akhir kata..

Habis madu sepah dibuang,

Habis baca sebar-sebar dekat orang,

hehe