Thursday, December 29, 2011

Tempat baru dan lama

Heyy,,

da lama betul aku tak update blog nih..rasa rindu pun ada jugak..
sebelum nih aku ada niat juga nak update..tp idea tuh tak mari le..
aku sekarang da lebih kurang sebulan di UITM shah alam..
bak kate orang tempat baru , ragam orang kat sane pun baru-baru jugak..
memang betul la..aku tak nafikan..macam-macam jenis ade..
baik , belagak , sombong , bajet cool.. banyak lagi la..
kadang-kadang meluat tengok.. fake betol..
bagi aku tempat lama lagi seronok , lagi selese , lagi best ..

erk =,=

rindu pulak dengan kawan-kawan aku .. aku anggap diorang semua da macam adik beradik aku..sedih bile aku terpaksa belajar jauh dengan yang lain..
aku belum jumpe lagi yang macam diorang kat tempat baru..
bile dengan diorang senyuman sentiase terukir di pipi aku..
gurauan-gurauan mereka yang selalu mencuit hati aku..
semua nih sentiasa dalam ingatan aku dan aku tak kan lupakan semua nih..
teringin juga nak kumpul ramai-ramai..mesti seronok..

*kawan baru kat tepi,
kawan lama tetap dihati,
kawan baru buat sakit hati,
kawan lama buat kita happy sampai mati. :)

Tuesday, September 6, 2011

Liku Kehidupan


Adakalanya kita fikir bahawa kita lah yang paling bahagia di dalam dunia ini..
tidak kira walaupun dengan keluarga, sahabat ataupun kekasih hati..
memang indah bila kita dapat mengimbau kembali detik-detik bersama orang tersayang..
gelak tawa, masalah, malah kesedihan juga, semua ini dikongsi bersama-sama..
alangkah bagus jikalau kebahagiaan ini dapat dirasai sehingga nafas kita yang terakhir..
tetapi inilah lumrah kehidupan kita, kebahagiaan yang kita kecapi..
Akhirnya akan musnah dan hilang dengan sekelip mata..
hubungan yang kita bina sekian lama akhirnya akan runtuh juga..
malah keakraban yang terjalin akan renggang dengan senangnya..
inilah saat yang paling menyedihkan dalam kehidupan kita..
masing-masing membawa haluan sendiri..
tidak lagi bergelak ketawa, tidak ada lagi bergurau senda..
semua ini berlaku kerana dengan adanya perselisihan faham antara satu sama lain..
tidak mudah untuk kita memuaskan hati mereka-mereka..
kelemahan atau kekurangan kita dijadikan punca segala masalah..
apa-apa sahaja yang dilakukan pasti ada silapnya..
walhal inilah lumrah seorang manusia..kerana tidak ada manusia yang sempurna..
tidak ada manusia yang tidak melakukan kesalahan..yang penting..
belajarlah daripada kesilapan..memperbetulkanlah diri kita dahulu..
sebelum membetulkan orang lain..barulah diri kita akan dihormati..



Sunday, April 24, 2011

i cant be like him

Ex dye smart..tp aku just biase..
ex dye hensem..tp aku just penuh dengan pimple..
ex dye pndai bergaya..tp aku xreti n simple jep..
klu dulu ex dye msj rase happy..tp sekarang aku msj rase boring..
ex dye trbek..tp aku terbalik..
ex dye pndai amik ati dye..tp aku pndai sketkn ati dye..
ex dye top..tp aku x..

Friday, April 22, 2011

im back!

I'm back!hehe..
dah lama aku tak update blog ni..rasa rindu sangat-sangat..
kalau dulu ada problem sikit..mesti blog ni la tempat aku luahkan..tapi sikit ke??maksod aku problem banyak la..adoi..
aku bukan lupa dekat blog ni..tapi tak ada masa nak update..
biasa la..kerja, kerja and kerja..balik je da penat..so?toh yang tak update..

And now..aku nak cerita sikit apa berlaku dalam kehidupan aku sekarang ni..ok?first..mesti la kerja aku kan..masuk bulan ni kira aku da 4 bulan lebih kerja kat f.o.s..bukan la tempat top..tapi kira oke la..staff kat situ pun gile2..memang oke sangat2..tapi toh la..aku da nak berhenti kerja..sebab da malas..hehe..ingat nak berhenti 10.5..tapi mama aku plak suh kerja sampai 20.5..adoi..kite lagi malas lagi dye suruh kerja..haha..sbb t dapat gaji lebih sikit katenye..btw..im in love with someone now..haha..its funny to tell all of u about the way i meet her and the way i fall in love with her..nanti next update aku cerite k..hehe..da nak tido ni..k..bye bye~

Thursday, February 3, 2011

im feel good


You see this picture..
smile with thumbs up..
its like my life now..
not so good la but better than before..
you know what..
i've change a lot..
first..im more matured now..maybe..haha..
second..my pimples is more than before..hate that..
third..my hair become more longer..hehe..love this..
my mama told me that i should cut my hair..but the problem is i really2 love my hair!!
sorry mama..i dont want to cut my hair..dont get mad with me okey..
but if u still want me to cut my hair..u must pay the cost for me..
i just only want to cut my hair at the salon..real salon!!hahaha..
fourth..in process to improve my english language..
i feel good when i speak english with others..
my new friend said we must confident in anything we did..
but im still not confident like her..damn it..
im still working on it..haha..
okey la..im sleepy right now..i need rest!!!
now 4 am..im dead!!im afraid that i cant wake up early like always..aiyo..
okey..got to go now..
see yah!peace!


Thursday, December 30, 2010

kehidupan selepas zaman persekolahan


Pada mulanya aku sering terfikir bahawa apabila tamat persekolahan..
kehidupan yang akan aku lalui mestilah sangat menarik dan 'fun'..
tetapi segala pemikiran itu semakin hari semakin sukar untuk menjadi kenyataan..
hari-hari yang aku lalui semakin membosankan..
berbeza sekali semasa aku di zaman persekolahan dahulu..
sebab dan niat aku yang utama pergi ke sekolah adalah untuk berjumpa dengan kawan-kawan..
belajar adalah niat yang kedua..haha~~(klu parents aku tau mesti kene bebel ni..hehe)
kebahagiaan yang sukar untuk aku lupakan adalah bersama kawan-kawan..
gelak-tawa, sedih, gembira, kecewa, dan masalah-masalah..
semuanya dilalui bersama-sama dan yang paling aku sukar untuk lupakan..
adalah perangai mereka semua yang suka mengutuk untuk keseronokan..
dan ini adalah kenangan yang paling terindah dalam hidup aku..
sekarang segala-galanya berubah..
tiada lagi aku dapat melihat senyuman yang terukir di bibir dan mendengar telatah mereka..
'sibuk' mungkin perkataan ini yang sesuai dengan keadaan sekarang..
setiap orang sibuk dengan kehidupan masing-masing termasuklah diri aku sendiri..
sibuk untuk mencari duit dan sedang membiasakan diri dengan kehidupan selepas zaman persekolahan..
mana tidaknya kalau dulu papa dan mama aku yang beri duit poket..
semuanya ditanggung beres..
sekarang ini takkanlah nak harapkan 'parents' aku lagi kan..
aku tengah belajar untuk berdikari dan membiasakan diri dengan persekitaran hidup aku..
tapi agak sukar untuk aku membiasakan diri mungkin sebab baru lagi agaknya..
apa-apapun aku akan cuba yang terbaik untuk merubah kehidupan aku dan keluarga..
dan berharap semua kawan-kawan aku pun sama..
ok lah..out..
byep byep ~~~


Friday, December 24, 2010

why she in my dream..

Kenapa tiba-tiba aku mimpi pasal dia..
masuk hari ini kira dua hari aku mimpi dia..
tapi kenapa dia??
kenapa aku tak mimpi benda lain??
mimpi aku cabut gigi kawan aku ke??(isk)
peliklah..rasanya da lama aku tak ambil tahu mengenai dia..
tapi muncul pula dia dalam mimpi aku..
kusut betul la..
k la..out..