Saturday, October 30, 2010

semalam the best day

Mula sekali aku nak cerita pasal semalam..
satu majlis yang dirancang oleh kawan-kawan kelas aku..
walaupun pada mulanya ada yang berpuak-puak dalam kelas..
kitorang tetap ajak semua sebab selain untuk gembira..
tujuan lain adalah untuk baikkan semua yang ada salah faham antara satu sama lain..
mungkin dengan cara ini diorang dapat buka hati untuk berbaik..
dan bermaaffan dengan yang lain..
alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar..
tapi bab buka hati itu aku tak boleh cakap apa-apa..
sebab itu dari diri diorang masing-masing..
apa yang aku boleh buat hanya doakan persahabatan kitorang baik-baik..
dan kekal sampai bila-bila..
yang selebihnya itu semua dari diri setiap orang..
walaupun baru semalam berkumpul dengan kawan-kawan aku semua..
tapi aku sudah mula rindu saat gelak tawa diorang semua..
mungkin ini adalah hari yang paling indah dalam hidup aku..
yang tak dapat dibeli dengan wang ringgit kerana ianya lebih bernilai dari itu.

pelangi itu indah..
bulan itu menawan..
berkawan jangan bertelingkah..
bermusuhan bukan penyelesaian..




Saturday, October 2, 2010

Double P..

hari ini aku mulakan kehidupan baru aku dengan penuh semangat..
walaupun aku sedih..aku berusaha untuk menceriakan diri aku..
bukan mudah untuk aku mencari kebahagiaan ..
tetapi kawan-kawanlah yang menjadi pelengkap hidup aku..
mungkin sekarang ini aku tidak memerlukan seseorang yang special..
dalam kata lain..aku tidak rasa ingin bercinta semula..
mungkin ada hikmah disebalik kekecewaan yang aku lalui ini..
aku berharap hari yang akan datang akan lebih baik daripada semalam dan hari ini..
Tetapi hari ini hari yang aku rasa sangat penat dan sangat-sangat pelik..
mana tidaknya hari ini rumah aku ada open house untuk kawan-kawan abang aku..
memang gile punya penat laa..sebelum itu petang tadi aku pergi main basketball..
balik daipada main basketball..terus kena tolong-tolong..leceh betol kan..
tetapi sebelum aku sampai dekat rumah aku..ada benda pelik yang berlaku..huhuhu..
macam hari-hari yang sebelum ini..kalau pergi mana-mana mesti aku bawa kawan aku..
dan tadi selepas main basketball..aku hantarlah kawan aku balik.. "a" bukan nama sebenar..
bila sampai saja rumah dia..macam biasalah dia mesti salam aku sebelum aku jalan..
tapi sebelum-sebelum ini salam macam biasa saja..dan tadi tiba-tiba..
dia salam dan tunduk..macam salam mak bapak dia..hahaha..
sumpah pelik..seram aku tadi..macam-macam andaian aku buat..
mungkin dia kena sampuk dengan jin sopan rasanya..hahaha...
haha..itulah double p..penat dan pelik..title kali ini..byep..hehe

Friday, October 1, 2010

kehidupan yang menyedihkan..


kenapa???
kenapa semua yang aku lalui amat perit...
kenapa yang aku inginkan begitu sukar untuk dicapai...
dikecewakan..dipermainkan..disakiti..
ini yang aku peroleh dalam kehidupan aku..
walaupun bukan ini yang aku inginkan..
aku cuma ingin disayangi dan menyayangi..
adakah aku tidak layak untuk dikasihi..
aku sudah putus asa untuk lalui kehidupan aku..
hari ini..hari yang malang bagi aku..
aku bagaikan tidak lagi mempunyai perasaan..
kosong??ini yang aku rasakan dalam hati aku..
kenapa susah untuk semua orang memahami apa yang aku rasa..
adakah keputusan untuk memutuskan persahabatan itu..
satu jalan yang terbaik bagi aku..
mungkin disebabkan kekecewaan yang aku alami sekarang ini..
membuatkan aku berfikir dengan tidak rasional..
tetapi apa lagi yang aku boleh lakukan..
aku sedih..''dia'' sudah berjanji..
untuk bantu aku melupakan segalanya yang aku lalui..
tetapi janji sekadar janji..di biarkan begitu sahaja..
"dia" sudah mendapat kebahagiaan..aku dilupakan begitu sahaja..
mungkin sekarang ini aku tidak lagi rasa ingin bercinta...
apa yang aku lalui semua ini menyedarkan aku..
yang mana 1 lawan..kawan..dan juga orang yang sepatutnya kita sayang..
ada juga yang baik bila depan kita..tapi belakang2 sebaliknya..
susah untuk aku buka hati untuk bercinta semula..
dan ini juga adalah permulaan yang baru bagi kehidupan aku..
selepas SPM..inilah yang aku tunggu..
tidak lagi aku bersemuka dengan orang-orang yang membuat aku sedih..
aku akan teruskan kehidupan aku yang serba sederhana ini..
dengan penuh ketenangan.