Friday, August 6, 2010

Our Friendship Need Cure




Persahabatan sangat penting dalam hidup kita..
Mempunyai kawan baik bermaksud mempunyai harta karun yang bernilai..
Tidak kira tua atau muda..
Semua orang memerlukan kawan baik untuk memberi dorongan kepada diri kita..
Kawanlah yang menemani kita apabila masa sedih..
Ada masanya, kawan juga berkongsi hobi dan apa yang kita sukai..
Kita sering memerlukan kawan baik apabila dalam keadaan gembira dan sedih..
Mereka akan berkongsi kebahagiaan dan kesedihan bersama kita..
Tetapi untuk menjadi 'best fiends ever' bukan mudah..
Semua perlu memainkan peranan masing-masing..
Bukan seorang atau dua orang sahaja..
Tapi sebelum itu..keikhlasan dan kejujuran diperlukan untuk membentuk persahabatan yang kukuh dan kekal sampai bila-bila..
Kita perlu saling memahami dan bersefahaman..supaya tidak berlakunya salah faham..
Adakalanya..apabila kita menegur atau ditegur..mungkin ada yang terkecik hati..
Tapi..ini untuk memulihkan persahabatan yang kucar-kacir..
Jangan pula bila ditegur atau menegur..kita menjadi marah atau membenci mereka..
Kita kena fikir positif..mungkin ada salah silap kita yang kita tidak perasan..
Ubah diri dan sikap kita..mungkin ini yang terbaik..
Bagi seseorang yang memliki keegoan dan keras kepala..
Haraplah dibuangkan atau dikurangkan..kerana sikap ini akan memakan diri kita semula..
Janganlah kita mensia-siakan persahabatan yang telah lama tercipta..
Fikirkanlah..dengan siapa kita meluahkan masalah,dengan siapa kita gembira,dengan siapa kita bersedih,siapa yang sering menemani kita..
Kenangan..imbaulah kembali kenangan yang telah tercipta daripada persahabatan..
Gelak tawa..tangisan..senyuman..gambar-gambar yang penuh warna-warni bersama..
Semua orang melakukan kesilapan..siapa kita untuk memberi hukuman..
Tetapi sebgai kawan baik..menasihati dan memaafkan sudah tersemat dalam diri kita..

Akhir kata,
Janganlah terlalu diikutkan hati..
Keras kepala dan ego perlu dihindari
Penyesalan tidak lagi berguna pada diri..
Kerana persahabatan terputus sampai mati.

Fikir-fikirkanlah..